Sunday 1 January 2012

Suku suku di Negeri Sembilan

Dalam amalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan, setiap orang ada suku masing-masing. Suku ini dinamakan menurut nama asal kampung nenek moyang masing-masing di tanah Minangkabau


Terdapat 12 Suku di Negeri Sembilan:

Suku Biduanda (dondo)
Batu Hampar (Tompar)
Paya Kumbuh (Payo Kumboh)
Mungkal
Tiga Nenek
Seri Melenggang (Somolenggang)
Seri Lemak (Solomak)
Batu Belang
Tanah Datar
Anak Acheh
Anak Melaka
Tiga Batu


Ini dinyatakan dalam sebuah gurindam yang berbunyi:

Raja beralam
Penghulu berluak
Lembaga berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapa sukunya?
Dua Belas!


Suku Biduanda terbahagi kepada 2 bahagian iaitu "Biduanda Di Air" iaitu yang datang dari Sumatera dan "Biduanda Di Darat" iaitu golongan penduduk asal iaitu golongan orang asli yang sedia ada di Negeri Sembilan ketika itu iaitu Semang, Sakai dan Jakun. Suku Biduanda Di Air adalah suku yang layak menjawat jawatan Undang atau Penghulu dalam luak-luak Adat Perpatih. Suku Anak Acheh pula bukan berasal daripada nama kampung di Minangkabau tetapi dipercayai diberi nama menghormati seorang pemimpin agama yang berasal dari Acheh.


''Biar Mati Emak Jangan Mati  Adat''


Pepatah `biar mati anak, jangan mati adat' cukup sinonim dengan budaya masyarakat pengamal adat Perpatih di Negeri Sembilan. Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

4 comments:

  1. Apakah hukumnye jika melangar adat perpatih,iaitu sepupu same sepupu satu suku bernikah???

    ReplyDelete
  2. Apakah hukumnye jika melangar adat perpatih,iaitu sepupu same sepupu satu suku bernikah???

    ReplyDelete
  3. Definisi batu belang ape...knp xjumpa kat mn2 pon

    ReplyDelete
  4. Merkur Progress Adjustable Safety Razor Merkur Progress Adjustable
    Merkur Progress Adjustable Safety Razor Merkur Progress Adjustable Safety Razor Merkur Progress 1xbet korean Progress Adjustable 바카라 사이트 Double Edge. $24.00. - 메리트 카지노 주소 $25.00.

    ReplyDelete