Monday, 27 August 2012

THAI AND JAVA FOR DUMMIES



BAHASA THAI

Meski orang Thailand di kawasan-kawasan pelancongan tahu berbahasa Inggeris, ada baiknya bila Anda sedikit-sedikit cuba bercakap bahasa Thai semasa berada di Thailand. Ia sangat bermanfaat untuk pergaulan harian, mencari teman, tawar menawar barang, dan laian-lain. 
jom kita mulakan 

SALAM/SAPA
Selamat pagi/siang/sore/malam/Halo = Sawasdi khap/kha
(Khap diucapkan laki-laki, kha diucapan wanita)
Selamat malam (berpisah di malam hari) = Ratri Sawad
Apa kabar? = Sabaidi mai?
Kabar baik = Sabaidi
Siapa namamu? = Khun cheu arai?
Namaku Budi = Pum cheu Budi khap (diucapkan oleh laki-laki)
Namaku Yanti = Dichan cheu Yanti kha (diucapkan oleh perempuan)
Senang berkenalan denganmu = Di jai ti dai pob khun
Selamat tinggal. sampai jumpa = La jeu gan. Pob gan mai na
Apakah kamu pak Budi = Khun cheu Khun Budi chai mai?
(Khun = kamu = Pak = Bu)
Terimakasih = Khawp khun khap (diucapkan laki-laki)
Terimakasih = Khawp khun kha (diucapkan perempuan)
Maaf = khor thot khap/kha
Ya = Chai
Tidak = Mai Chai
Good luck = chok di

TANYA TEMPAT ASAL/TEMPAT TINGGAL
Kamu berasal darimana = Khun ma cak ti nai?
Saya berasal dari Indonesia = Pum/dichan ma cak Indonesia.
(Pum diucapkan oleh laki-laki, dichan diucapkan oleh perempuan)
Kamu tinggal di mana? = Khun yu ti nai?
Saya tinggal di Bangkok = Pum/dichan yu nai Bangkok.
Saya tinggal di Jalan Sukhumvit = Pum/dichan yu Thanon Sukhumvit

TANYA BAHASA
Kamu boleh bicara Thai = Khun put pasa Tai dai mai?
Kamu boleh bicara Inggris = Khun put pasa Angkrit dai mai?
Saya boleh bicara Thai = Pum/dichan put pasa Thai dai.
Saya tidak boleh bicara Thai = Pum/dichan put pasa Thai mai dai.
Saya boleh bicara Thai sedikit = Pum/dichan put pasa Thai nit noi

TAHU/TIDAK TAHU
Kamu tahu? = Khun roo mai?
Kamu faham? = Khun mai kojai?
Saya tahu = Pum/dichan roo
Saya faham = Pum/dichan kaojai.
Saya tidak tahu = Pum/dichan mai roo
Saya tidak faham = Pum/dichan mai kaojai.
Tolong ulang : Put ik ti si
Tolong bicara perlahan-perlahan = karuna put cha-cha

DI MANA? KEMANA?
Toiletnya di mana? Hong nam yu ti nai?
Hotelnya di mana? = Rong raem yu ti nai?
Stesennya di mana? = Satanirotfai yu ti nai?
Lurus, belok kanan = Trong bai, gwar!
Lurus, belok kiri = Trong bai, sai!
Mau ke mana = Bai nai?
Mau ke situ lho = Bai ti ow
Mau ke Wat Arun = Yak bai Wat Arun

ROMANTIS
Aku cinta kamu = Pum/dichan rak khun
Aku tidak cinta kamu = Pum/dichan rak khun mai
Kamu cinta aku ? Khun rak pum/dichan mai?
Aku rindu kamu = Pum/dichan kitteung khun
Bolehkah aku menciummu? = Joop dai mai?

BILANGAN
0 = soon
1 = neung
2 = song
3 = sam
4 = si
5 = ha         
6 = hok
7 = jed
8 = bed
9 = gao
10 = sib
11 = sib et
12 = sib song
13 = sib sam
20 = yi sib
21 = yi sib et
25 = yi sib ha
30 = sam sib
31 = sam sib et
36 = sam sib hok
40 = si sib
50 = ha sib
60 = hok sib
70 = jed sib
80 = bed sib
90 = gao sib
100 = neung roi
101 = neung roi neung
110 = neung roi sib
150 = neung roi ha sib
580 = har roi bed sib
987 = gao roi bed sib jed
1000 = neung pan,
dst

TANYA HARGA/TAWAR MENAWAR
Ini berapa harganya = Ani gi baht?
Ini 125 baht = Ani neung roi ha sib baht.
Terlalu mahal. Boleh kurang? = Peng bai. Lot noi dai mai?
Boleh = Dai!
Tidak boleh = Mai dai

MAHU/AKAN/INGIN/SUDAH
Saya mahu makan mi goreng = Pum/dichan yak gin pad thai
Saya mahu minum coca cola = Pum/dichan yak deum cocacola
Saya mahu pergi ke bandar = Pum/dichan yak bai sanambin
Saya sudah makan = Pum/dichan gin laew
Saya sudah minum = Pum/dichan deum laew


Adakah yang boleh menterjemahkan PR di bawah ini ?
Anda : Tuk-tuk, bai satanirotfai gi baht?
Sopir tuk-tuk : Song roi ha sib baht.
Anda : Peng bai, neung roi jed sib baht dai mai?
Sopir tuktuk : Mai dai. Song roi baht.
Anda : Chai!


BAHASA JAWA
Jom sebutkan ia akan membantu anda menyebutkan ayat mudah dalam bahasa jawa. Walau bagaimana pun anda sebenarnya masih memerlukan bantuan seorang rakan yang mahir berbahasa jawa. Bahan yang kami sediakan di sini hanyaalah sekadar rujukan dan kemudahan untuk anda.

Aku sibuklah -Saya sibuk 
Aku arep endang -Saya nak cepat 
Aku ora sedih -Saya tidak sedih 
Aku ngantuklah -Saya mengantuk 
Aku ijik enum -Saya masih muda 
Aku yakin -Saya pasti 
Aku iso nulong koe -Saya boleh bantu awak 
Aku ora eleng -Saya tidak ingat 
Aku ndu'e duit -Saya ada duit 
Aku mesti lungo saiki -Saya harus pergi sekarang 
De'ea kok koyok nesu -Dia seperti merajuk 
De'ea Ora ngombe teh -Dia tidak minum teh 
De'ea ora sidoh lungo -Dia tidak jadi pergi 
De'ea kenal karo bapak ku -Dia kenal dengan bapa saya 
De'ea kenteng nek kerjo -Dia rajin bekerja 
De'ea bekas cikgu ku -Dia bekas guru saya 
De'ea agek adus -Dia sedang mandi 
De'ea sukak ndelok wayang -Dia suka menonton wayang 
De'ea ora ndu'e lesen -Dia tidak ada lesen 
Dino iki koyok arep udan -Hari ini seperti nak hujan 
Dino iki terang -Hari ini cuaca baik 
Dino iki aku arep lungo mancing ]Hari ini saya nak pergi memancing 
Dino iki dino seloso -Hari ini hari selasa 
Koe wes rong puloh taun -Awak dah berumur duapuluh tahun 
Koe udhu konco ku -Awak bukan kawan saya 
Koe ora salah -Awak tidak bersalah 
Koe njagong nang kursi ku -Awak duduk di kerusi saya 
Koe kedekut -Awak kedekut 
Koe dak keno ndemik bendo kui -Awak tak boleh sentuh barang itu 
Koe ora teko mau bengi -Awak tidak datang malam tadi 
Koe benci adik ku -Awak benci adik saya 
Koe mesti merono -Awak mesti kesana 
Koe ngomong opo -Awak cakap apa 
Endanglah -Cepatlah 
Hyolah -Baiklah 
Koyok jaman mbien -Seperti zaman dahulu 
Ono opo-opo neh A-da apa-apa lagi 
Seng ati-ati -Berhati-hati 
Seng alon-alon -Perlahan-lahan sedikit 
Terus mengarep -Terus kehadapan 
Udhulah -Bukanlah 
Ketemu neh -Jumpa lagi 
Sediluk hyo -Sebentar ye 
Njalok ngapuro -Minta maaf 
Wes mangan? -Dah makan? 
Yuk merono -Jom ke sana

Monday, 6 August 2012

PENAWAR SEGALA PENYAKIT - HABBATUS SAUDA



Tumbuhan herba, BLACK SEED dipercayai berasal dari daerah Mediterranean namun telah dikembangbiakan di merata dunia, termasuk Saudi, Afrika Utara, dan sebahagian Asia.
Bentuknya kecil dan berserabut, berukuran tidak lebih dari 3 mm panjangnya, BLACK SEED merupakan tumbuhan bunga fennel biasa (Nigella Sativa) keluarga buttercup (Ranunculaceae).
Kadang-kadang ada salah tanggapan antara NIGELLA SATIVA dengan tumbuhan herba fennel (Foeniculum vulgare). Ada dua macam tumbuhan ini, berwarna ungu kebiru-biruan atau putih. Pusat pertumbuhan bunga tersebut pada bahagian cawangan di semua tangkainya saat daunnya saling tumbuh bertentangan secara berpasangan. Daun di bahagian bawah bentuknya kecil dan pendek, sedangkan bahagian atas lebih panjang (6-10 cm). Batang bunga tersebut boleh mencapai ketinggian 12 hingga 18 inchi sehingga ke bahagian buahnya, BLACK SEED yang matang.


HABBATUS SAUDA dan Aneka Manfaat-nya
Rasulullah bersabda: "Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam Habbatus Sauda 'terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian." (HR. Muslim)

Dari `Aisyah radhiyallahu` anha, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Habbatus Sauda 'ini adalah ubat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Aku berkata (Perawi hadis ini, yakni Khalid bin Sa'ad): "apa itu as-Saam?" Dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): "Kematian". (HR. Bukhari)

Rasulullah bersabda: "Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam Habbatus Sauda 'terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian." (HR. Muslim)

Dari `Aisyah radhiyallahu` anha, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Habbatus Sauda 'ini adalah ubat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Aku berkata (Perawi hadis ini, yakni Khalid bin Sa'ad): "apa itu as-Saam?" Dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): "Kematian". (HR. Bukhari)

Nigella sativa adalah nama latin yang diberikan bagi Habbatus Sauda. Bentuknya berupa biji kecil-kecil berwarna hitam makanya orang arab menamakannya Habbatus Sauda yang bererti biji hitam. Biji yang kecil ini ternyata subhanallah mengandungi pelbagai zat yang sangat diperlukan oleh tubuh. Bahkan dalam kajian terkini disebutkan kalau biji hitam ini mampu meningkatkan sistem imun tubuh, jadi bagi pengkonsumsinya akan jarang sakit.


Kandungan Habbatus Sauda:

Monosaccharide glukosa, xylosa, polysaccharide, asid lemak tak jenuh (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita oleh itu sumber utamanya ialah dari makanan. Juga ada asam amino yang membentuk protein, karotene iaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi, dsb.

Menurut beberapa hasil kajian, Habbatus Sauda `mempunyai khasiat-dengan izin Allah-:

1. Menguatkan imuniti system pada diri manusia.

2. Melawan & menghancurkan sel-sel kanser / tumor.

3. Mengubati reumatik, radang serta infeksi.

4. Menghentikan dan menyembuhkan penyakit selsema.

5. Jika digoreng & dibakar kemudian dicium terus-menerus boleh mengeliminasi gas (dalam) perut.

6. Membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum makan pagi dan jika diletakkan di atas perut dari bahagian luar sebagai aromaspa atau luluran.

7. Minyaknya bermanfaat untuk menyembuhkan gigitan ular, juga bengkak di dubur dan tahi lalat.

8. Menghilangkan sesak nafas & sejenis kesulitan nafas, melonggarkan penyumbatan akibat kahak.

9. Melancarkan haid yang tersendat.

10. Jika dibalutkan, bermanfaat untuk menyembuhkan pening yang parah.

11. Apabila dimasak dengan cuka bersama kayu pinus dan kemudian dibuat untuk berkumur, maka hal itu akan menghilangkan sakit gigi yang disebabkan sensitiviti terhadap dingin.

12. Jika diminum, biji ini akan melancarkan kencing, haid dan ASI.

13. Menyembuhkan gigitan Laba-laba.

14. Bila dibakar, asapnya dapat mengusir serangga.

15. Menghilangkan sendawa asam yang berasal dari kahak dan melancholia (gangguan yang disebabkan kesedihan yang terus-menerus/depresi sehingga merosakkan bahagian hempedu).

16. Menghilangkan Kusta (lepra).

17. Menghilangkan demam Quartan (yakni demam yang menyerang manusia selama sehari kemudian mereda selama 2 hari kemudian menyerang lagi ketika hari ke-4).

18. Jika ditumbuk dan dibuat adunan dengan madu dan air hangat dapat menghancurkan batu yang muncul dalam ginjal dan pundi kencing serta sifat diuretic (melancarkan air seni).

19. Apabila digoreng dan dicium terus-menerus dan dicampur dengan cuka dapat menyembuhkan jerawat dan kudis serta menghilangkan keradangan yang lebih kronik dari jerawat (tumor).

20. Jika digoreng tanpa minyak dan ditumbuk serta dicampur dengan minyak zaitun kemudian diteteskan ke dalam hidung 3 tetes akan menyembuhkan gejala pilek yang disertai bersin-bersin.

21. Jika dibakar dan dicampur dengan lilin dan minyak inai / henna atau minyak bunga iris serta dibalurkan pada borok-borok/koreng yang keluar di betis setelah dibersihkan dengan cuka, maka akan dapat menghilangkannya.

22. Bermanfaat untuk menyembuhkan bekas gigitan anjing (Rabies) dan aman dari kematian akibat rabies.

23. Jika dihirup akan bermanfaat bagi hemiplegia (semiparalysis / lumpuh separuh).

24. Jika enzoat (celak persia) dicampur dengan air & dibalurkan ke lingkaran dubur (lubang dubur / anus) dan juga diminum dengan dos sekitar 25 gr akan menyembuhkan Bawasir.

25. Jika disedut melalui hidung akan bermanfaat menghentikan air yang keluar pada mata.

26. Jika 2 sudu teh Habbatus Sauda direbus dengan air 2 gelas lalu ditambah madu akan mendinginkan perut yang panas kerana asam lambung.


Subhanallah begitu besar manfaat Habbatus Sauda, ​​warisan Rasulullah yang tak ternilai harganya. Alhamdulillah puji syukur pada Allah yang telah menghadiahkan ubat segala penyakit untuk kita semua kaum muslimin. Lalu mengapa kita tidak berpindah pada sunnah Rasulullah ini?


Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.


Di bawah ini kami sertakan 7 ciri-ciri utama habbatus Sauda:
1. Nilai pemakanan
Habbatus Sauda kaya dengan:
- Monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
- Polysaccharide
- Fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
- Amino acid yang membentuk protein
- Karotene iaitu sumber vitamin A
- Kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, Habbatus Sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, Habbatus Sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati Habbatus Sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria. Habbatus Sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna Sabbatus Sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Habbatus Sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) Dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Sunday, 1 January 2012

Suku suku di Negeri Sembilan

Dalam amalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan, setiap orang ada suku masing-masing. Suku ini dinamakan menurut nama asal kampung nenek moyang masing-masing di tanah Minangkabau


Terdapat 12 Suku di Negeri Sembilan:

Suku Biduanda (dondo)
Batu Hampar (Tompar)
Paya Kumbuh (Payo Kumboh)
Mungkal
Tiga Nenek
Seri Melenggang (Somolenggang)
Seri Lemak (Solomak)
Batu Belang
Tanah Datar
Anak Acheh
Anak Melaka
Tiga Batu


Ini dinyatakan dalam sebuah gurindam yang berbunyi:

Raja beralam
Penghulu berluak
Lembaga berlingkungan
Buapak beranak buah
Anak buah duduk bersuku-suku
Berapa sukunya?
Dua Belas!


Suku Biduanda terbahagi kepada 2 bahagian iaitu "Biduanda Di Air" iaitu yang datang dari Sumatera dan "Biduanda Di Darat" iaitu golongan penduduk asal iaitu golongan orang asli yang sedia ada di Negeri Sembilan ketika itu iaitu Semang, Sakai dan Jakun. Suku Biduanda Di Air adalah suku yang layak menjawat jawatan Undang atau Penghulu dalam luak-luak Adat Perpatih. Suku Anak Acheh pula bukan berasal daripada nama kampung di Minangkabau tetapi dipercayai diberi nama menghormati seorang pemimpin agama yang berasal dari Acheh.


''Biar Mati Emak Jangan Mati  Adat''


Pepatah `biar mati anak, jangan mati adat' cukup sinonim dengan budaya masyarakat pengamal adat Perpatih di Negeri Sembilan. Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

Tahun Baru Azam Baru (bagaimana nak capai matlamat anda?)


Tahun Baru membawa satu permulaan baru. Ramai di antara kita akan menetapkan matlamat untuk tahun ini dan kebanyakan daripada kita selalu gagal mencapainya. Adalah mudah untuk kita berasa bermotivasi pada permulaan tahun sekurang kurangnya sepanjang sebulan yang pertama tetapi ramai yang terkandas selepas itu seolah olah anda hilang arah dalam mencapai matlamat anda dan akhirnya anda akan kembali ke asal.

Untuk menjadikan tindakan yang anda lakukan selaras dengan matlamat anda boleh menjadi satu cabaran. Jangan takut, anda tidak keseorangan! Berikut adalah beberapa cara untuk mewujudkan matlamat yang akan memastikan diri anda bermotivasi sepanjang tahun. Ia akan membantu apabila anda mula merasa goyah dengan azam tahun baru anda. 

Beri Tujuan Kepada Matlamat Anda:

Apabila anda menetapkan matlamat atau resolusi Tahun Baru, menulis dan menambah dalam sebab-sebab itu matlamat atau resolusi. Fikirkan mengapa anda menetapkan matlamat tersebut dan apakah motivasi anda di tempat yang pertama. Simpan senarai ini sebab-sebab apabila anda tidak berasa begitu bermotivasi supaya anda boleh melihat kembali apa yang bermotivasi anda pada mulanya.

Tetapkan Matlamat Mini:

Jika anda menetapkan satu matlamat yang sangat besar untuk Tahun Baru, seperti, membeli rumah, membeli kereta idaman atau mengurangkan 50 kg berat anda, pastikan anda juga menetapkan matlamat mini sepanjang tahun. Kadang-kadang satu matlamat yang besar boleh menjadi seolah-olah lebih tak terjankau untuk dicapai jika anda tidak menetapkan matlamat mini di antara. Jika matlamat anda adalah untuk membeli sebuah rumah, anda perlu menetapkan matlamat mini menyimpan sejumlah wang selama 6 bulan. Jika anda cuba untuk mengurangkan 50kg daripada berat anda, tetapkan matlamat mini 10 kg dalam 2 bulan. Sebaik sahaja anda mencapai matlamat tersebut mini, menetapkan satu lagi matlamat mini!


Jadilah spesifik:
Walaupun matlamat umum yang baik, matlamat "lebih bahagia" mungkin sukar untuk dicapai kerana anda mungkin mendapat galakan negatif dengan tidak tahu bagaimana untuk sampai ke sana. Bagaimana caranya anda mengukur "kebahagiaan" ? Matlamat yang lebih khusus seperti, bermeditasi dua kali seminggu atau pergi ke gimnasium tiga kali seminggu akan membuat anda lebih mudah untuk mengetahuinya jika anda benar-benar telah mencapai tujuan anda.

Ukur Kemajuan:

Dapatkan diri anda notebook atau kalendar dan menjejaki kemajuan anda. Kadang-kadang anda perlu membuat nota bagaimana anda lakukan pada matlamat anda (walaupun anda tidak berbuat demikian). Jika anda tahu apa yang anda lakukan, ia akan lebih mudah untuk membuat perubahan di landasan yang betul dengan apa yang anda cuba untuk capai.

Jangan Salahkan Diri Sendiri:

Jika anda gagal untuk mencapai kemajuan terhdap matlamat anda, jangan berhenti! Tiada siapa yang sempurna cuba beri kelonggaran sedikit terhadap matlamat anda. Apa-apa perubahan kepada anda yang lebih sihat dan gembira adalah berbentuk positif!Jika anda hanya membuat gym sekali seminggu berbanding tiga kali seminggu itu adalah baik. Ia adalah lebih baik daripada tiada kali seminggu. Jangan berputus asa atau hilang arah sepenuhnya jika anda tidak mencapai 100% pada matlamat anda.